myPTPTN merupakan aplikasi mudah alih PTPTN bagi :
1) Semakan penyata pinjaman
2)Bayaran balik pinjaman
3)Semakan penyata Simpan SSPN
4)Pembukaan akaun dan penambahan deposit Simpan SSPN 
5)Permohonan potongan gaji dan Debit Terus bagi bayaran balik pinjaman dan Simpan SSPN.

Aplikasi myPTPTN dilengkapi dengan eKYC (Electronic Know Your Customer) iaitu proses mengesahkan dan mengekalkan rekod identiti pelanggan yang diiktiraf oleh Bank Negara Malaysia sebagai salah satu kunci keselamatan transaksi digital. Pelanggan hendaklah membuat pendaftaran dan pengesahan pengenalan diri melalui Kad Pengenalan dan foto yang perlu diambil semasa pengesahan dibuat. Pelanggan tidak boleh membuat semakan penyata atau pindahan sekiranya tidak membuat pengesahan identiti eKYC tersebut.

Langkah Buka Akaun SSPN Prime Melalui App myPTPTN