Jika anda ingin membuat pembayaran melalui CIMB, berikut adalah kaedah yang boleh anda ikuti:
Pertama sekali, layari laman web CIMB Bank Berhad, https://www.cimbclicks.com.my.
Pastikan anda sudah mendaftar untuk ‘cimbcliks’ ini kerana anda perlu memasukkan Login ID dan Password anda.
Pilih ‘Pay Bills’, kemudian pada ruangan ‘To’, taipkan PTPTN, dan anda akan nampak 3 pilihan, iaitu PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), PTPTN – Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan dan PTPTN – Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i PLUS).
Pastikan anda memilih PTPTN – Bayaran balik pinjaman.
Kemudian akan keluar ruangan untuk anda isikan nombor kad pengenalan atau I/C dan juga nombor telefon anda
Nyatakan jumlah bayaran dan tarikh pembayaran yang anda ingin lakukan pada ruangan ‘Amount and When’
Anda boleh klik √ pada ruangan ‘save a favourite’ untuk tujuan pembayaran secara berkala
Klik ‘Make Payment’
Simpan resit untuk rujukan,beri kepada pegawai PTPTN untuk buat semakan dan terima surat pengesahan pembayaran PTPTN.