BLOG POST SSPN-I PLUS
BERBUKA PUASA DAN BERSAHUR LAH SEKADARNYA (28/04/2020)
.
Kerajaan mengajak agar rakyat mengamalkan sikap jimat cermat dari sekarang. Ini adalah kerana ancaman Covid-19 telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi dunia dan boleh berlarutan untuk satu tempoh yang agak panjang. Berbagai sektor perniagaan terjejas kerana tidak dibenarkan untuk beroperasi, isu penjarakkan sosial dan yang lebih merisaukan turut pemberhentian pekerja.
.
Tidak dinafikan terdapat beberapa sektor perniagaan yang sedang membuat pendapatan lumayan di waktu ini kerana perubahan kepada The New Normal. Terdapat juga golongan yang mungkin tidak terkesan dengan permasalahan global yang sedang berlaku ini kerana masih menerima pendapatan yang sama seperti sebelum pandemik bermula.
.
Namun sedarkah semua, apa yang berlaku sekarang tidak akan kekal selama-lamanya. Pakar ekonomi mengatakan, kitaran ekonomi selalunya berlaku setiap 10 tahun.
.
Bagi golongan yang terjejas, janganlah mudah putus asa dengan situsi yang sedang berlaku sekarang. Perlu segera rajin mencari peluang untuk menggantikan pendapatan yang hilang. Hentikan mengeluh dan mulakan berfikir cara untuk kita `survive’ dan dapat `move on’.
.
Manakala, bagi golongan yang sedang mencipta keuntungan. Jangan mudah kita cepat terleka, simpan lah sebahagian dan gunalah sebahagian untuk membantu kepada mereka yang sangat memerlukan. Kitaran susah senang itu kadang-kadang terlalu pantas dan kita perlu ada daya tahan yang tinggi dan bersedia.
.
Manakala yang lebih perlu berjaga-jaga adalah golongan yang merasakan tidak terjejas. Janganlah terlalu selesa, kerana keadaan boleh berubah hanya sekelip mata seperti awal-awal pandemik bermula. Segera tambahkan ilmu dan kemahiran kerana jika kita masih ditakuk sama dan tidak belajar apa-apa, kita akan hadapi masalah yang lebih sukar jika situasi sebegini muncul lagi.
.
Sedarlah kita bahawa amalan berjimat cermat dan menyimpan bukan sahaja diajar semasa kita dalam keadaan susah atau senang. Ia telah diajar dan diingatkan kepada kita berkali-kali dari kecil hinggalah ke hari ini. Ini kerana amalan ini lah yang akan menentukan sesorang yang susah boleh akan kekal susah dan orang yang senang boleh sekelip mata menjadi susah.
.SSPN merupakan pilihan simpanan yang paling tepat kepada mereka yanag masih mencari-cari di mana untuk memulakan simpanan. SSPN adalah selamat kerana dijamin kerajaan dan patuh syariah. Simpanan SSPN menjadi begitu istimewa dan berbeza dari simpanan lain kerana ia dilengkapi perlindungan takaful dari yang percuma hinggalah ke serendah RM30 sebulan. Pulangan SSPN yang tinggi dan konsisten telah menjadikan SSPN begitu signifikan di dalam pasaran dengan 4.4 juta akaun sehingga kini.
.
Yang ingin mendapatkan pulangan segera atas simpanan di SSPN boleh lah menabung sekarang minima RM500 (tinggal 2 hari sahaja lagi). SSPN akan berikan 1% atas kadar rata secepat pada bulan Jun 2020 ini. Tanpa perlu menunggu pengumuman Dividen Tahunan yang kebiasaannya dibuat pada awal tahun berikutnya. Tawaran ini khas untuk pendeposit yang telah ada akaun dari sebelum tahun 2017.
MULAKAN PENABUNGAN ANDA HARI INI
Dengan hanya RM1 sehari anda boleh melakukan simpanan di SSPN-i Plus serendah RM30 sebulan dengan pelbagai manfaat kepada anda dan anak-anak anda.

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional,
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263
e-Aduan: iCare