
Penambahan Deposit SSPN-i
Bagi penambahan deposit SSPN-i boleh klik button penambahan deposit SSPN-i di bawah, dan selepas selesai transaksi di online, screenshot resit dan lampirkan kepada Pegawai PTPTN melalui whatsapp untuk mendapatkan penyata yang sudah dikemaskini dengan amaun yang baru didepositkan melalui online.
Pelepasan Taksiran Cukai SSPN-i
Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan SSPN-i:
Ibu bapa dan ibu bapa angkat/ penjaga yang sah dari segi undang-undang yang menyimpan dalam akaun SSPN-i untuk manfaat anak diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun tertakluk kepada jumlah simpanan bersih tahun semasa;
Ibu bapa yang membuat taksiran berasingan dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan atas anak yang sama diberikan pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 seorang setahun;
Ibu bapa yang membuat taksiran bersama dan telah membuka akaun simpanan SSPN-i berasingan diberi pelepasan sehingga maksimum RM8,000.00 setahun; dan
Individu yang menyimpan untuk diri sendiri tidak diberi pelepasan taksiran cukai.
Pendeposit juga boleh menghubungi Pegawai PTPTN dengan klik button di bawah jika ingin semak no akaun SSPN-i dan juga ingin salinan penyata simpanan terkini.




Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.
Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263