Perbezaan akaun SSPN-i Plus dengan akaun SSPN-i

SSPN-i Plus: Boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri, anak dan anak jagaan sah

SSPN-i: Boleh dibuka oleh warganegara Malaysia untuk diri sendiri, anak dan anak jagaan sah

SSPN-i Plus: Jumlah deposit pembukaan yang dipilih, contoh Pakej Intan RM30, pendeposit perlu masuk 2 bulan simpanan mengikut pakej RM30 x 2 bulan= RM60

SSPN-i: Minima RM20 untuk pembukaan dan simpanan boleh dibuat bila-bila masa.

SSPN-i Plus: selepas 3 tahun, simpanan boleh dikeluarkan dan meninggalkan RM1000 di dalam akaun. Bagi penutupan akaun boleh dibuat bila-bila masa, dan simpanan serta dividen akan dipulangkan.

SSPN-i: Pengeluaran bila-bila masa.

SSPN-i Plus: Sehingga RM8000 bagi simpanan bersih tahun semasa dan RM3000 atas takaful SSPN-i Plus.

SSPN-i: Sehingga RM8000 simpanan bersih tahun semasa.

SSPN-i Plus: Perlindungan takaful kepada pendeposit (ibubapa)

  • Manfaat pampasan kematian kemalangan RM40,000 minima
  • Manfaat kematian biasa RM20,000 minima
  • Elaun masuk wad harian RM20 minima
  • 36 jenis penyakit kritikal, RM10,000 setahun
  • Khairat kematian pendeposit RM2500, kematian pasangan RM2500, kematian anak RM1000, dan kematian anak yang tidak daftar buka akaun RM1000.

SSPN-i: Perlindungan takaful dollar to dollar percuma kepada pendeposit yang simpan RM1000 ke atas. Contoh simpan RM2000, akan diberi lagi RM2000.

Boleh buka kedua-dua akaun, atau jika nak buat pertukaran simpanan dari SSPN-i ke SSPN-i Plus boleh hubungi Pegawai SSPN untuk mereka bantu uruskan proses pertukaran.

PAUTAN POPULAR

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
Tingkat Bawah, Menara PTPTN,
Blok D, Megan Avenue II,
No.12, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur.

Careline: 03 – 2193 3000
Faks: 03 – 2193 1263